Sunday, 5 October 2014

Tabarbour طبربور

Selamat pagi Tabarbour
Tabarbour adalah sebuah pekan yang terletak di antara Amman dan Zarqa'. Seperti kawasan-kawasan lain di Jordan, khususnya Amman, penduduknya adalah didominasi oleh bangsa Arab Jordan, Syria, Palestin, Iraq dan Mesir. 



















Tabarbour mempunyai kawasan kejiranan yang tersusun dan cantik. kita dapat melihat pokok-pokok hiasan ditanam di perkarangan bangunan rumah. Apabila pokok bunga melur penuh berbunga, baunya semerbak dari jarak beberapa meter. Semenjak beberapa tahun tinggal di sini, banyak pembangunan dijalankan termasuklah pembinaan rumah-rumah yang rata-ratanya memenuhi citarasa moden. Malah di kawasan kediaman saya sendiri, dalam tempoh hampir dua tahun 3 buah bangunan rumah telah siap didirikan. Cepat sungguh!

Saya berpeluang untuk masuk dan melihat sendiri salah sebuah rumah yang baru siap dan telah sempat mengambil gambar beberapa kawasan di rumah berkenaan. 









Rumah ini dijual dengan harga JOD65k. Ada yang berminat nak beli? :)





Rumah sewa di kawasan ini pula adalah sekitar JOD250 ke JOD400 sebulan. Kebanyakan rumah disewakan dengan perabot. Cuma, mengikut pengamatan saya, rata-rata perabot yang disediakan agak kurang berkualiti dan telah lama. Itu untuk harga sewaan rumah sahaja. Bil utiliti hendaklah dijelaskan sendiri.  Ada juga bangunan rumah yang mengenakan caj khidmat pekerja bangunan dan frasarana bangunan. Caj khidmat pekerja kalau di bangunan saya adalah untuk membayar khidmatnya mengutip sampah dari rumah dan membeli keperluan harian di pasar, manakala caj frasarana adalah untuk pembelian alat-alat memberbersih bangunan dan menggantikan peralatan gunasama yang rosak. Lebih kurang begitulah!









0 comments :

Post a Comment

 
;