Monday, 3 November 2014 0 comments

Masak sendiri~maqlubah~



Seingat saya, jarang orang Malaysia yang berada di Jordan ini akan menolak jika dihidangkan dengan maqlubah jika dibandingkan dengan hidangan tempatan yang lain seperti mansaf.

Rasa manis sayur-sayuran seperti bunga kubis, terung, lobak merah dan kentang yang digoreng terlebih dahulu sebelum dimasak bersama beras dan air rebusan ayam serta rempah maqlubah memang menyelerakan.  Ia turut dihidangkan bersama salad tomato dan timun serta yogurt.

Selalunya kedai-kedai makan ada menjual maqlubah dengan pilihan lauk ayam atau daging kambing. Selain disebut sebagai "maqlubah", ia juga disebut "ma'lubah' bersesuaian dengan loghat tempatan.

Bagi yang kurang gemar makan di luar, boleh mencuba untuk memasaknya sendiri. Saya pernah memasaknya di Malaysia tanpa rempah berkenaan dan menggantikannya dengan serbuk 7 spices, rasanya juga tidak jauh beza.

Kepada yang ingin berkunjung ke Jordan, cubalah menu ini. Pasti berbeza.




Friday, 17 October 2014 0 comments

Berkelana ke Jordan, apa yang nak dibawa ye?

Setiap tahun bumi Jordan sentiasa menerima tetamu dari Malaysia untuk datang melanjutkan pengajian di dalam bidang yang berbagai.

Sewaktu kali pertama saya ingin menjejakkan kaki di Jordan pada tahun 1995, saya tertanya-tanya, apakah yang perlu saya bawa nanti. Yalah, nak balik ke Malaysia bukannya dekat. Tiket kapal terbang pun sangat mahal. Ketika itu, internet dan sumber maklumat sangat terhad.

Walaupun kini maklumat dihujung jari anda, saya rasa saya masih ingin berkongsi maklumat ini walaupun secara serba sederhana.

Perkongsian ini saya petik dari perbualan secara maya saya setahun lalu dengan salah seorang rakan seperjuangan saya yang mana ketika itu beliau sedang dalam proses untuk datang ke Jordan.





0 comments

Berehat sebentar, hilangkan stress

Setiap orang ada cara yang tersendiri untuk menghadapi kehidupannya sebagai seorang pelajar. Ada yang boleh menghadap buku berjam-jam lamanya dan ada yang tidak. Cara saya untuk hilangkan tekanan waktu belajar adalah dengan berada di Dapur Sayang.

1 comments

Mutabbal, antara yang teristimewa di Jordan

Nama menu ini adalah mutabbal. Ianya dibuat dari terung yang dibakar, dicampur tahini, yogurt, lada hitam, lemon, bawang putih, garam dan minyak zaitun sebagai bahan asas.

Saya tidak pernah menyangka mutabbal yang sungguh istimewa rasanya dibuat dengan sangat mudah.

Selalunya mutabbal ini dimakan bersama roti pita atau roti arab.


Sunday, 5 October 2014 0 comments

Musim bunga yang dinanti selalu.

Musim bunga ~kembang mekar harum mewangi indah dipandang~♡

Saya sangat sukakan musim bunga di Jordan. Ia mengingatkan saya kenangan indah ketika baru diijabkabulkan di bumi barakah ini lebih 10 tahun yang dulu. 

Suhu yang nyaman sekitar 20 darjah celcius ditemani cahaya matahari yang bersinar yang dirindukan sepanjang musim sejuk dan melihat warna warni bunga dari hampir kesemua tumbuhan menjadikan musim bunga sebagai musim yang sangat istimewa. 
0 comments

Pekan Tabarbour





Saya boleh katakan Tabarbour mempunyai kemudahan yang agak lengkap. Kedai-kedai terdiri dari 'baqqaalah' atau kedai kecil sehinggalah ke pasar raya besar. Antara jenis-jenis kedai yang terdapat di Tabarbour adalah seperti kedai bahan binaan, kedai buah-buahan dan sayur sayuran, kedai herba, kedai membaiki telefon bimbit, kedai buku dan alat tulis, kedai bunga, kedai optik, kedai kasut, kedai pakaian, kedai barangan terpakai, kedai langsir dan karpet, perkhidmatan cucian kering dan farmasi.

Untuk perkhidmatan telekomunikasi pula, di Tabarbour ada kaunter pejabat Orange, Umniah dan Zain.

Terdapat enam buah bank di Tabarbour dan kaunter Western Union untuk urusan kewangan.

Jordan Post dan DHL pun ada!

selain itu, Tabarbour mempunyai klinik kesihatan pesakit luar, klinik kesihatan ibu dan anak, serta klinik swasta yang beroperasi 24 jam.

Terbaru, kaunter pejabat bekalan air dibuka di Tabarbour.....

....dan antara yang unik di Tabarbour ialah sebuah pondok polis yang berada di tengah roundabout yang dikenali sebagai 'Duwwaar kushku-shurtoh'. (lihat gambar paling atas kiri)

0 comments

Tabarbour طبربور

Selamat pagi Tabarbour
Tabarbour adalah sebuah pekan yang terletak di antara Amman dan Zarqa'. Seperti kawasan-kawasan lain di Jordan, khususnya Amman, penduduknya adalah didominasi oleh bangsa Arab Jordan, Syria, Palestin, Iraq dan Mesir. 



















Tabarbour mempunyai kawasan kejiranan yang tersusun dan cantik. kita dapat melihat pokok-pokok hiasan ditanam di perkarangan bangunan rumah. Apabila pokok bunga melur penuh berbunga, baunya semerbak dari jarak beberapa meter. Semenjak beberapa tahun tinggal di sini, banyak pembangunan dijalankan termasuklah pembinaan rumah-rumah yang rata-ratanya memenuhi citarasa moden. Malah di kawasan kediaman saya sendiri, dalam tempoh hampir dua tahun 3 buah bangunan rumah telah siap didirikan. Cepat sungguh!

Saya berpeluang untuk masuk dan melihat sendiri salah sebuah rumah yang baru siap dan telah sempat mengambil gambar beberapa kawasan di rumah berkenaan. 









Rumah ini dijual dengan harga JOD65k. Ada yang berminat nak beli? :)





Rumah sewa di kawasan ini pula adalah sekitar JOD250 ke JOD400 sebulan. Kebanyakan rumah disewakan dengan perabot. Cuma, mengikut pengamatan saya, rata-rata perabot yang disediakan agak kurang berkualiti dan telah lama. Itu untuk harga sewaan rumah sahaja. Bil utiliti hendaklah dijelaskan sendiri.  Ada juga bangunan rumah yang mengenakan caj khidmat pekerja bangunan dan frasarana bangunan. Caj khidmat pekerja kalau di bangunan saya adalah untuk membayar khidmatnya mengutip sampah dari rumah dan membeli keperluan harian di pasar, manakala caj frasarana adalah untuk pembelian alat-alat memberbersih bangunan dan menggantikan peralatan gunasama yang rosak. Lebih kurang begitulah!









 
;